sape2 boleh clarify high end imitation perfume? yg mcm kat petaling street tu ke?
meh la akak cita... my sis in law jual perfume immi dia amik dr chowkit dan petaling street which i know the shop yg jual tu...
mmg byk jenis grade sampai ada yg jenis ni sebijik mcm original. however dah sejam dua baru tau penangan. jgn xtau, ada gak yg amik kat PS ni jual sampai RM1++ tu... disbbkan iras2 bau sama mcm kat kaunter. but u can see its finishing on the btls and the smell. berbagai grade dtg dr berbagai negara like thailand, indonesia, hongkong ...
ori perfume, bau akan berubah masa mula2 sembur dan selepas sejam dua tu ikut body odour kita. but immi perfume mcm mana bagus punya grade pun, bau dia either sama sepanjang jam atau pun berubah mengikut persekitaran kita dsbnya...
my 2 cents opinion based on my experience.
PERBANDINGAN ANTARA PERFUME ORIGINAL DAN PERFUME TIRUAN
Ramai di antara pengguna tidak dapat membezakan sama ada perfume yang dijual itu original atau tiruan. Kebanyakan mereka yang menjual perfume di internet mahupun di luar boleh meletakkan perkataan 'ORIGINAL' dengan sesuka hati. Sebenarnya agak sukar juga untuk membezakannya kerana pengeluar barang-barang tiruan amat bijak serta mempunyai teknik dan peralatan digital moden serba canggih yang boleh menghasilkan cetakan yang baik. Mereka mampu menghasilkan replika yang hampir serupa dengan perfume berjenama terkenal seluruh dunia dalam pasaran hari ini.
Jika dilihat secara kasar, perfume tiruan mempunyai nama dan bentuk tulisan yang sama dengan perfume original, botol yang hampir sama serta kotak dan bau yang hampir serupa. Ia boleh didapati daripada pengedar dengan harga yang terlalu murah atau lebih teruk, harganya sama dengan yang original. Sebagai pengguna anda mungkin tidak pasti atau tidak tahu langsung bahawa perfume tersebut adalah tiruan. Jadi berhati-hati.
Penghasilan dan penjualan barangan tiruan adalah masalah yang dihadapi di seluruh dunia. Berjuta-juta barangan cetak rompak dikeluarkan dan dijual setiap tahun. Dianggarkan lebih 10% perfume di dalam pasaran adalah tiruan.
RISIKO KESIHATAN
Perfume tiruan tidak menjalani ujian standard keselamatan yang dimestikan kepada semua produk kosmetik seluruh dunia. Untuk mendapatkan harga yang murah, sudah tentulah kandungannya juga mengandungi bahan-bahan yang murah dan akan menyebabkan alahan kepada pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif dan mungkin juga boleh meninggalkan kesan kecacatan yang nyata.
BERHATI-HATI DENGAN STOK LAPUK ATAU SUDAH ROSAK
Perfume boleh rosak. Jangka masa untuk ia rosak bergantung kepada suhu, cahaya dan lama ia disimpan. Kadangkala apabila sesuatu kedai yang menjual perfume ditutup, mereka menjual stok perfume mereka yang sudah lama. Perfume-perfume yang sudah lapuk ini biasanya dijual di laman lelongan, kedai-kedai diskaun pada harga yang sangat-sangat murah. Jangan tertipu. Sentiasa pastikan yang penjual menjual perfume yang masih segar(baru), bukan stok lama.
Bagaimana anda boleh mengenalpasti bahawa ia adalah perfume tiruan atau original? Di sini kami akan memberikan tips mudah bagaimana untuk membezakan antara perfume original dan tiruan.
20 perkara yang harus diambil perhatian:
1. Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.
2. Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasa ketebalan dan kejelasan tulisannya. Perfume yang original tulisan brand perfume itu tidak pudar dan hilang walaupun sudah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini bukan boleh dijadikan ukuran, tetapi biasanya perfume yang original mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.
3. Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya sebab perfume original tiada lebihan gam. Pembungkusannya amat teliti.
4. Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.
5. Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, Negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya sticker berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.
6. Semak Nombor Batch.
7. Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.
8. Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan design dan bentuk botol. Botol yang original adalah solid.
9. Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang original adalah tebal....
10. Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.
11. Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.
12. Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna.
13. Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.
14. Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.
15. Bar Code. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.
16. Warna perfume. Semak warna perfume sama ada ia konsisten atau pun tidak.
17. Minyak berlebihan. Perfume yang original kurang berminyak.
18. Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia ;)
19. Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.
20. Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.
21. Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai sticker produk.